Submit a Complaint

Brighton Education

Malaysia

Consumer complaints and reviews about Brighton Education

anishalini Send email
 
Sep 27, 2015

No work permit and tax fraud

Program Penutur Jati, Penipuan dan Brighton Education

https://www.dropbox.com/s/wyf4gl6e3e8h46r/My%20Movie.mp4?dl=0 (Video Bukti)

Brighton Education telah mengarah mentor untuk bekerja secara haram dengan menggunakan visa pelancong untuk berbulan-bulan, mentor juga diarah untuk menipu jika ada diantara mereka disoal polis atau pegawai imigresen.

Brighton Education juga mengarah setiap mentor untuk bekerja tanpa pas penggajian sejak Januari 2014. Tiada mentor menerima pas penggajian hingga bulan Mei 2014 dan untuk sesetengah daripada mereka, hal ini berterusan sehingga September 2014. Ianya telah dirancang dari awal kerana 'cukai pendapatan ' kemudiannya akan dipotong daripada gaji mentor '. Walhal cukai pendapatan tidak wujud jika mentor bekerja secara haram menggunakan visa pelancong. Hal ini berterusan apabila mentor-mentor baru sampai. Hal ini mencabar Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1956/63

Pelan ini bermula pada bulan Januari 2014. Rafina Amjad Ali, Pentadbir Kanan Brighton Education menghantar pesanan melalui e-mel sebelum mentor tiba di KLIA, "Kepada Semua, ini adalah untuk memaklumkan kepada semua orang bahawa sebaik sahaja anda tiba di KLIA, sebahagian daripada anda mungkin akan diminta / disoal oleh Pegawai Imigresen mengenai tujuan anda berada di Malaysia. Anda semua dinasihatkan untuk menjawab bahawa ANDA SEDANG BERCUTI MELAWAT MALAYSIA. "E-mel ini telah disalin ke alamat e-mel Tan Jing Kuan, Ketua Pegawai Operasi, Zam Hairizad Ismail, Pengawal Kewangan, Sumithira Devi, Ketua Sumber Manusia dan Adrian Holden, Pengarah Projek. Mereka tidak boleh nafikan bahawa mereka tidak tahu apa-apa tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya seorang mentor di Kelantan terpaksa bekerja secara haram selama sembilan bulan dan dia dimaklumkan, jika ditahan oleh pihak berkuasa, Brighton education tidak ada kena-mengena dengan hal tersebut. Beberapa orang mentor berhenti dan meninggalkan program ini selepas beberapa bulan bekerja tanpa visa. Ada juga diantara mereka diusir. Gary Thorburn, Pengurus Projek Negeri Sembilan dalam e-mel beliau sering menyatakan, "imigresen yang lembap."



Emel kemudiannya dihantar oleh pihak pengurusan pada pertengahan bulan Februari bertajuk "Border Runs." Email-email tersebut menerangkan yang mentor akan menerima 200RM ke(Thailand) dan 300RM ke (Singapura) untuk meninggalkan negara ini untuk satu malam dan kembali sekali lagi untuk melanjutkan pas mereka sebagai pelancong, walaupun mentor tiba pada awal bulan Januari dan isu pas penggajian masih berlanjutan. Tan Jing Tuan kemudiannya mengaku yang visa belum dimohon lagi dengan menyalahkan Zam Hairizid Ismail dan Sumithira Devi, namun emel yang dihantar oleh Rafina Amjad Ali pada bulan Januari dan syarikat keluarganya, Brighton Bearings, membayar mentor gaji mereka pada bulan Januari dan Februari dan mereka ditolak "cukai", ketika mentor bekerja menggunakan visa pelancong.



Dakwaan ini boleh disahkan. Senarai mentor bekerja secara haram untuk berbulan lamanya tercatat di bawah. Pihak kerajaan boleh memeriksa pasport mereka, akaun bank dan buku-buku simpanan akaun gaji, sementara itu pasport mereka akan membuktikan bahawa mereka dilarang untuk bekerja. Kami mempunyai banyak sumber e-mel, fail dokumen Word dan skrin yang dicetak untuk dikongsi dengan pihak berkuasa, ianya juga telah memuat naik ke internet untuk membuktikan hal ini dan dakwaan berikut adalah benar. Ianya video menlampirkan bukti-bukti. Ianya telah dimuat naik ke internet dan dihantar kepada individu-individu yang tertentu.



Penipuan Cukai - mentor telah "dipotong cukai" tercatat dalam Penyata gaji mereka semasa bekerja secara haram dengan menggunakan visa pelancong selama lima hingga sembilan bulan.

Tiga organisasi yang berlainan bertanggungjawab memberi gaji kepada akaun bank mentor-mentor yang bekerja untuk Brighton Education; Brighton Bearings (Januari dan Februari 2014) dan SMR (Mac 2014 hingga Mei 2015). Brighton Education ( Jun hingga kini).

Walau bagaimanapun, kebanyakan yang tiba pada bulan Januari 2014 tidak menerima pas penggajian hingga Mei dan bulan yang seterusnya, seperti yang dinyatakan di atas. Pada masa tersebut "cukai pendapatan" telah dikeluarkan daripada gaji mereka. Apa yang berlaku kepada ini wang "cukai" tersebut? Kami menganggarkan kira-kira 1 juta RM dengan andaian terdapat 120 mentor yang bekerja secara haram tanpa visa kerja lebih kurang 7 bulan. Selain itu, dalam tahun 2014, ramai mentor dapati bahawa kadar cukai mereka sentiasa berubah-ubah. Mengapa kadar cukai mereka berubah walhal gaji mereka tetap sama?

Beberapa mentor pergi pejabat cukai LHDN untuk mengetahui apa yang berlaku mengenai isu pendapatan mereka. Ketika waktu mereka bekerja secara haram dengan menggunakan visa pelancong, pegawai di LHDN bertanya, "Bilakah tarikh anda mula bekerja?" Tidak terdapat apa-apa maklumat mengenai potongan cukai. Beberapa bulan kemudian, maklumat potongan cukai secara misterinya muncul, dengan tarikhnya, bulan Januari. Entri maklumat ke dalam sistem cukai pastinya palsu kerana semua mentor tidak mempunyai visa/pas pekerjaan sehingga Mei 2014 dan bulan yang seterusnya.

Complaint Registration Form

    Information of the Company you are complaining about
    Subject of Complaint
    City (optional)
    Complaint Details
    Attach photos (optional)
    Confirmation code

    Submit

         
     

    User Registration

    Already a Complaint Board member? Log in now.
    Username:
    E-mail address:
    Password:
    Code:
    or connect with Facebook

    User Registration

    A confirmation email was sent to "".
    To confirm your account, please click the link in the message.

    If you don't see the email in your Inbox, please check your Spam box.

    User Login

    Not a member of Complaint Board? Register now.
    E-mail address:
    Password:
    Forgot your password?
    E-mail address:
    Back
    Loading, please wait...
    Your password has been sent to the specified email address. Log in
    or connect with Facebook

    User Facebook Login

    Enter Username