Staff kfc yang tidak beretika
Pada 24/1/19 jam 6.30 petang, saya telah datang ke KFC Giant Taiping bersama keluarga. Sewaktu masuk ke outlet, saya dapat bau kari yang sangat kuat. Setelah mendapat pesanan, saya duduk di meja Dan melihat beberapa pekerja KFC 2 lelaki dan 2 Perempuan sedang makan (break), mereka makan seolah olah tidak kisah akan orang di sekeliling dengan makanan luar di dalam Tupperware yang dipercayai kari. Bukan itu sahaja, mereka malahan ketawa terkinja kinja tanpa menghiraukan orang lain. Saya faham, itu Adalah masa break mereka tetap KFC sendiri yang menegaskan makanan luar tidak dibenarkan masuk. Ini pula,pekerja KFC sendiri yang bawa makanan luar dengan banyak seolah olah berpiknik. Bahkan aroma ayam KFC juga telah dihalang oleh bau kari yang sangat kuat. Pengurus mereka juga langsung tidak menegur mereka jadi apa fungsi pengurus di sini? Hanya untuk mengarah Dan duduk di bilik sahaja ke? Saya harap KFC lebih peka dengan etika pekerjanya.